Bilakah Sesuai Beli Saham?

* Perhatikan pergerakan saham AirAsia dan Bumi Armada: Beli/Jual

* Memang benar pelabur disyorkan beli saham ketika trend menaik. Jika dirujuk kepada analisis teknikal memang tepat sekali kerana sesuatu pergerakan saham yang dilihat naik akan terus catat kenaikan.

* Bagaimanapun, perlu diingatkan kerana sesuatu yang naik itu akan disusuli kejatuhan kerana per­gerakan saham adalah sa­tu pergerakan yang berse­lang-seli.

# Persoalannya bilakah waktu agak sesuai atau tepat untuk membeli saham?

* Beli saham sebaik-baik­nya dibeli pada permulaan trend yang baru bermula kerana banyak petunjuk yang boleh memberikan isyarat atau petunjuk untuk permulaan trend yang baru memasuki trend menaik.

* Trend menaik kebiasaannya akan menjadi lebih cepat jika disokong kemasuk­an berita positif kerana banyak faktor yang boleh menggerakkan harga saham, termasuk berdasarkan kajian analisis teknikal.

* Sebagai contoh terdapat faktor yang boleh mempengaruhi kenaikan harga saham ialah syarikat tersenarai mencatatkan keuntungan berbanding tahun sebelumnya, kemasukan pelabur asing atau minat belian terhadap sesuatu saham syarikat tersenarai, pengambilalihan saham syarikat dengan menawarkan harga yang tinggi dari harga pasaran dan sebagainya.

Minat belian terhadap saham yang sedang naik ini akan mempengaruhi pelabur, terutama pedagang saham memasuki pasaran secara agresif untuk mengambil peluang menjana keuntungan semasa harga saham sedang berada di dalam trend menaik.

Pada masa ini juga kalangan pengamal analisis teknikal akan menggunakan kemahiran dan pengalaman mereka untuk melihat sama ada saham tersebut berpotensi naik lagi atau tidak?.

Akan tetapi, dalam pem­belajaran analisis teknikal terdapat satu istilah yang dipanggil ­ over bought atau ke­adaan terlebih beli atau saham tersebut menjadi terlalu ‘panas’ dan ia akan kembali ‘sejuk’ atau berehat sebentar daripada meneruskan kenaikan tersebut.

Keadaan terlalu ‘panas’ ini cenderung mengakibatkan har­ga saham turun. Penurunan harga saham boleh disebabkan oleh faktor seperti pengambilan untung, lebih-le­bih lagi transaksi secara kontra kerana wujud jualan paksa.

Sekiranya penjualan saham ini terlalu aktif dan berterusan untuk beberapa tempoh masa, Ia akan mengakibatkan harga saham jatuh berterusan lebih-lebih lagi jika minat belian semakin berkurangan.

Justeru itu, pelabur saham tempatan terutama pelabur runcit boleh memain peranan bagi menyokong pasaran saham di Bursa Malaysia dengan membuat belian bijak supaya memilih saham berwajaran naik.

Pelabur saham boleh merujuk mereka yang berpengalaman dalam selok-belok saham supaya tidak terperangkap akibat pembelian saham yang berdasarkan spekulasi atau gerak hati yang semata-mata mahu untung tanpa mengetahui saham berkenaan sudah sedia untuk jatuh disebabkan penjualan pengambilan untung atau faktor saham serantau atau dunia yang akan berdepan jualan besar-besaran atau panik.

Untuk membantu pelabur membuat pilihan saham berpotensi tipsahambm menyediakan khidmat perunding dan info data tipsahambm sebagai panduan. Sebagai permulaan boleh daftar mula untuk biasakan dengan pelaburan semasa atau urusan jual beli saham peringkat awal atau bulan pertama dengan tipsahambm. SELAMAT MELABUR!