Bursa Malaysia Terkini




Bilakah Sesuai Beli Saham?

* Perhatikan pergerakan saham AirAsia dan Bumi Armada: Beli/Jual

* Memang benar pelabur disyorkan beli saham ketika trend menaik. Jika dirujuk kepada analisis teknikal memang tepat sekali kerana sesuatu pergerakan saham yang dilihat naik akan terus catat kenaikan.

* Bagaimanapun, perlu diingatkan kerana sesuatu yang naik itu akan disusuli kejatuhan kerana per­gerakan saham adalah sa­tu pergerakan yang berse­lang-seli.

# Persoalannya bilakah waktu agak sesuai atau tepat untuk membeli saham?

* Beli saham sebaik-baik­nya dibeli pada permulaan trend yang baru bermula kerana banyak petunjuk yang boleh memberikan isyarat atau petunjuk untuk permulaan trend yang baru memasuki trend menaik.

* Trend menaik kebiasaannya akan menjadi lebih cepat jika disokong kemasuk­an berita positif kerana banyak faktor yang boleh menggerakkan harga saham, termasuk berdasarkan kajian analisis teknikal.

* Sebagai contoh terdapat faktor yang boleh mempengaruhi kenaikan harga saham ialah syarikat tersenarai mencatatkan keuntungan berbanding tahun sebelumnya, kemasukan pelabur asing atau minat belian terhadap sesuatu saham syarikat tersenarai, pengambilalihan saham syarikat dengan menawarkan harga yang tinggi dari harga pasaran dan sebagainya.

Minat belian terhadap saham yang sedang naik ini akan mempengaruhi pelabur, terutama pedagang saham memasuki pasaran secara agresif untuk mengambil peluang menjana keuntungan semasa harga saham sedang berada di dalam trend menaik.

Pada masa ini juga kalangan pengamal analisis teknikal akan menggunakan kemahiran dan pengalaman mereka untuk melihat sama ada saham tersebut berpotensi naik lagi atau tidak?.

Akan tetapi, dalam pem­belajaran analisis teknikal terdapat satu istilah yang dipanggil ­ over bought atau ke­adaan terlebih beli atau saham tersebut menjadi terlalu ‘panas’ dan ia akan kembali ‘sejuk’ atau berehat sebentar daripada meneruskan kenaikan tersebut.

Keadaan terlalu ‘panas’ ini cenderung mengakibatkan har­ga saham turun. Penurunan harga saham boleh disebabkan oleh faktor seperti pengambilan untung, lebih-le­bih lagi transaksi secara kontra kerana wujud jualan paksa.

Sekiranya penjualan saham ini terlalu aktif dan berterusan untuk beberapa tempoh masa, Ia akan mengakibatkan harga saham jatuh berterusan lebih-lebih lagi jika minat belian semakin berkurangan.

Justeru itu, pelabur saham tempatan terutama pelabur runcit boleh memain peranan bagi menyokong pasaran saham di Bursa Malaysia dengan membuat belian bijak supaya memilih saham berwajaran naik.

Pelabur saham boleh merujuk mereka yang berpengalaman dalam selok-belok saham supaya tidak terperangkap akibat pembelian saham yang berdasarkan spekulasi atau gerak hati yang semata-mata mahu untung tanpa mengetahui saham berkenaan sudah sedia untuk jatuh disebabkan penjualan pengambilan untung atau faktor saham serantau atau dunia yang akan berdepan jualan besar-besaran atau panik.

Untuk membantu pelabur membuat pilihan saham berpotensi tipsahambm menyediakan khidmat perunding dan info data tipsahambm sebagai panduan. Sebagai permulaan boleh daftar mula untuk biasakan dengan pelaburan semasa atau urusan jual beli saham peringkat awal atau bulan pertama dengan tipsahambm. SELAMAT MELABUR!

Saham KL Ditutup Tinggi


HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan aktiviti membeli saham berharga murah sejajar dengan kekukuhan pasaran saham serantau.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.31 mata untuk ditutup kepada 1,820.48, selepas berlegar antara 1,816.85 dan 1,821.69.

Pasaran saham Asia Tenggara mencatatkan lantunan semula sederhana, menjejaki kekukuhan saham ekuiti AS apabila Wall Street tidak menunjukkan kebimbangan akan dasar Rizab Persekutuan, baru-baru ini.

Sementara itu, dalam negara, Jabatan Perangkaan mengeluarkan data indeks harga pengguna (IHP) bagi Februari, yang menunjukkan peningkatan 3.5 peratus daripada bulan yang sama tahun lalu.

Mengulas mengenai data tersebut, Naib Presiden/Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata kenaikan itu telah dijangkakan oleh pelabur, apabila Bank Negara Malaysia dalam laporan tahunannya pada Rabu mengunjurkan inflasi berkembang sebanyak tiga hingga empat peratus tahun ini.

“Peningkatan IHP sepatutnya bukan satu masalah kerana ia masih rendah berbanding unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 4.5 hingga 5.5 peratus tahun ini,” katanya.
Beliau berkata inflasi sederhana dan unjuran KDNK kukuh seharusnya memberi sedikit sokongan untuk menstabilkan sentimen pasaran saham.

Di papan skor, Indeks Kewangan naik 28.42 mata kepada 16,439.06 dan Indeks Perusahaan meningkat 4.34 mata kepada 3,166.91, manakala Indeks Perladangan susut 5.74 mata kepada 8,839.16.

Indeks FBM Emas menambah 24.38 mata kepada 12,617.45, Indeks FBMT100 menokok 20.979 mata kepada 12,281.51, FBM Ace melonjak 100.75 mata kepada 6,686.98 dan FBM 70 naik 44.66 mata kepada 13,859.21.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 439 berbanding 328, manakala 322 kaunter tidak berubah, 533 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 1.75 bilion saham bernilai RM3.12 bilion daripada 1.51 bilion saham bernilai RM1.85 bilion semalam.

Dalam kalangan kaunter cergas, Ingenuity dan Xidelang naik satu sen setiap satu masing-masing kepada 11.5 sen dan 36 sen, Masterskill meningkat 13.5 sen kepada 54 sen, MISC naik sembilan sen kepada RM7.01 dan Sumatec menambah setengah sen kepada 30 sen.
Bagi saham wajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM9.56, manakala Sime Darby dan Axiata tidak berubah masing-masing kepada RM9.20 dan RM6.52.

TNB susut empat sen kepada RM11.92 dan CIMB turun dua sen kepada RM7.08.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.3 bilion unit bernilai RM3 bilion daripada 1.06 bilion unit bernilai RM1.71 bilion semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE jatuh kepada 425.04 juta saham bernilai RM119.18 juta daripada 432.79 juta saham bernilai RM135.77 juta pada Khamis.
Waran meningkat kepada 22.23 juta unit bernilai RM3.2 juta daripada 14.97 juta unit bernilai RM1.66 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang 154.15 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 179.96 juta, pembinaan 67.32 juta, perdagangan dan perkhidmatan 552.71 juta, teknologi 33.85 juta, prasarana 27.22 juta, SPAC 17.4 juta, kewangan 84.13 juta, hotel 400,300, hartanah 124.99 juta, perladangan 35.58 juta, perlombongan 15,500, REITs 24.65 juta dan dana tertutup 69,500. – MediaOnline

Pengenalan

Perunding Tip Saham sedia perkhidmatan membantu anda mendapatkan keuntungan mingguan dan bulanan. Daftar segera untuk langganan maklumat saham potensi naik dengan minima risiko kerugian dan raih keuntungan minima 10% hingga 25% keuntungan daripada modal pelaburan anda.

Pastikan anda fahami sesuatu saham sebelum buat urusan jual/beli saham menerusi wakil broker sah/remisier anda.
index-bursa-malaysia-rabu-23-jan-13

# SELAMAT MELABUR DI BURSA MALAYSIA.

Bayaran langganan RM100 untuk jangka masa sebulan. Segala data/info TSBM diuruskan ONLINESERVICES MANAGEMENT. Sila bayar daftar mula RM100 menerusi akaun Onlineservices Management RHB 26445000001380 dan lengkapkan BORANG DAFTAR LANGGANAN online untuk mengaktifkan langganan.
* Pendaftaran hanya diterima menerusi online dan bayaran langganan hanya sah menerusi transaksi akaun bank yang dipaparkan di atas.

PERKHIDMATAN YANG KAMI SEDIAKAN:

  • Maklumat data pelaburan disalurkan menerusi e-mel anda. Lengkapkan borang daftar langganan terlebih dulu untuk info lebih terperinci.
  • Perkhidmatan ini bertujuan membantu pelabur tahu pergerakan sebenar saham di Bursa Malaysia, sebelum berurus niaga di pasaran saham harian.
  • Anda akan diberi penerangan mengenai saham berpotensi naik boleh beli dan jual untuk keuntungan harian, mingguan dan bulanan.
  • Saham terpilih perkhidmatan ini hanya kaunter potensi naik (boleh langgan) dan anda akan dihubungi jika perlu dijual segera untuk elak kerugian (terperangkap saham jatuh).
  • Anda boleh pilih untuk untung minima 10 peratus daripada modal pelaburan atau pilih pegangan jangka pendek/panjang.
  • Selepas anda melanggan perkhidmatan ini, anda akan dibekalkan maklumat saham potensi dengan penjelasan hingga anda faham sebelum melanggan saham berkenaan.
  • Cara pelaburan, anda mesti ada akaun urus niaga saham dengan broker saham sah dengan Bursa Malaysia.
  • Segala keputusan urus niaga saham adalah tanggungjawab anda sendiri.
  • PERKHIDMATAN ini bertujuan membantu anda faham risiko pelaburan dengan mendapat panduan jelas mengenai saham potensi naik untuk dibeli.

SELAMAT MELABUR….BERSAMA JANA EKONOMI SAHAM MALAYSIA.

Terima Kasih
Onlineservices Managemant